Monday 20 June 2011

Laptop Baru untuk Opisku...

Hai, salam uolls. :), petang semalam lepas settle semua kerja, cik n my staf pegi cari PC kt Plaza Low Yat KL, Dalam kepala tengah duk pikir nak beli PC ker laptop last2 lepas tanya cik punya technician dia kata beli laptop la  Cik Zara.. senang nak bawak kulu kileh... hehehe. Cos yag kat opis dah nyawa-nyawa ikan kejap ok kejap x ok hahahaha.. Semenjak pencuri malaun curi kabel elektrik kt luar opis cik,habis rosak semua komputer. Actually ini da kes ke tiga depa buat hal .Dulu depa dpt pecah masuk opis  dan curi my all new pc. Baru beli tak sampai beberapa bulan. Kos PC boleh tahan gak la harganyer lebih kurang RM13k semuanya. Masa tu tak cerdik lagi , all the Pc tak cover insuran terpaksalah cik nangis tak berlagu... :)  keluarkan duit lagi beli yang baru dan beli insuran sekali. Lepas 2 bulan si malaun tu datang lagi pecah opis amik PC-PC tuu. La tuu walaupun sedih dan geram tapi alhamdulillah insuran cover tpi kurang rm2k la daripada harga yang sebenar. Pastu cik upgrade security pasang pintu besi yg tumpat punyer dan pintu bawah sekali buat grill. Cik punya opis memang pencuri suka masuk cos kat tingkat atas sekali. Nak jimat kan kos tapi nah amik kau..! Tapi bila dah beberapa tahun senyap si malaun curi kabel letrik lak datang, kali ni depa curi kabel kat luar opis cik . Memang haru..Alamatnyer elektik tak der, PC yang xcabut plug dan telefon keyphone pun habis rosak. Memang bengong pencuri ni! Kabel yang dicuri tu pun bukan banyak pun panjang sedepa aje.. tapi kesannya sampai tak leh buat kerja la.. berpanas dalam opis  dah letrik pun terputus jugak. Memang bala, masa tu cik tengah holiday ngan staf marketing cik kat Medan. Kerani cik call bagitau. Memang spoilt! tapi sebaik esok nyer da nak balik ke Malaysia kalau tau masa first day pergi memang cik punya hati kat opis ajerla.. Tapi ada hikmah disebaliknyer tu kan.. hahaha..Oklah uols chow chin chow..bye...!

Saturday 18 June 2011

Lagi foto-foto Preview Media Social Networking.

Preview Media Sosial, Irfan Khairi

Hai Guys..! Lama xciter hehehe... oklah i nak share ni baru-baru ni i pergi preview Media Sosial dianjurkan oleh Irfan Khairi, Jutawan Internet kitaaa :) pada malam Jumaat lepas. Walaupun cuma sejam sahaja, tapi rasa sungguh teruja dan seronok sebab Fahrin Ahmad pun ada..Kat situ byk tips-tips tentang Facebook saudara Irfan Khairi beri kepada hadirin. Tak rugi... mak pun kata kalau nak berilmu dalam satu-satu bidang kena cari guru yang pakar dan ikhlas mengajar , memang inilah guru yang tepat sekali.

Friday 10 June 2011

Buat Blog

Hari ni pagi-pagi da ada appoinment, ajak my fren Sakinah ajar buat blog kat San Francisco Wangsa Maju. Hahahaha baru nak terhegeh-hegeh berblog .Orang lain da beribu rimban buat duit ngan blog, i baru nak start. Okla tuuu for starting kan..daripada langsung tak der hehehehe. ..